Universitas Negeri Surabaya. Pendidikan Biologi A

Friday, 2 January 2015

on Leave a Comment

Budidaya Buah Naga

Anda tahu buah naga...?

     Buah Naga atau umumnya dikenali sebagai  tanaman baru yang belum ditekuni sepenuhnya di negara kita. Di Malaysia, kawasan penanaman buah naga ini sangat kecil berbanding dengan tanaman lain seperti tanaman komoditi yang sememangnya di usahakan secara besar-besaran di Malaysia. Namun demikian, penanaman buah naga mula mendapat perhatian dan sambutan hangat di Malaysia kerana buah ini mengandungi khasiat yangtinggi berbanding buah lain. Buah naga berasal dari negara-negara Amerika Latin iaitu Chile, Argentina, Peru, dan Mexico. Buah ini di bawa 
ke Vietnamsebagai tanaman hiasan yang kemudiannya ditanamsecara besar-besaran setelah mengetahui keenakan buahnya. KiniVietnamtelah menjadi sumber pengeluar dan pengeksport utama dunia untuk buah naga. 


Manfaat Buah Naga 
1. Albumen mengeluarkan toksik dan mengalir keluar lebihan galian. 
2. Anthocyanin membebaskan radikal dan melambatkan proses penuaan. 
3. Vitamin C mencantikkan dan menyebabkan kulit kelihatan lebih cerah. 
4. Pengurangan berat badan kerana buah nagakaya dengan fiber yang mudah larut. 
5. mengobati terhadap penyakit diabetes (kencing manis). 
6. Mencegah penyakit kanser usus besar.Mempercepatkan proses pembuangan air 
besar.. 

AGRONOMI TANAMAN 

Varietas
Buah naga atau nama saintifiknya hylocereus undatus tergolong dalam keluarga Cactaceae atau kaktus. Buah ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu varieti putih (Hylocereus undatus), varieti merah (Hylocereus polyrhizus),  dan varieti kuning (Hylocereus megalanthus), namun begitu hanya dua varietas yang sesuai ditanam di Malaysia yaitu varietas putih dan merah. varietas ini mempunyai sifat tanaman yang berlainan antara satu sama lain. varietas putih mempunyai batang bewarna hijau putih, bahu yang tinggi dan kasar berbanding dengan varieti merah. Tanaman buah naga termasuk dalam kumpulan jenis kaktus yang mudah tumbuh di kawasan tropika yang mempunyai sistem saliran 
yang baik. 

Tanah 
Sesuai dengan tanah berpasir dan tanah loamberpasir yang kayadengan bahan organik, dan tanah mestilah mempunyai saliran semulajadi yang efisien. Sifat tanaman dan penanaman Buah naga mempunyai sifat fisiologi ‘long day plant’. Ini bermakna tanaman ini memerlukan tempoh cahaya matahari yang panjang pada waktu siang. Tumbuhan ini hidup secara menjalar dan memerlukan sokongan untuk tumbuh. Oleh itu ia perlukan para untuk menyokong batangnya yang lembut. Para berfungsi bagi memudahkan batang dan dahannya memanjat dan menjalar. Jenis jarak tanaman yang akan di lakukan adalah 8’ X 10’ yang akan memuatkan 500 batang tiang pada keluasan seekar. Setiap batang tiang konkrit akan ditanamdengan empat batang pokok buah naga ini. Ini bermakna 2000 
batang pokok diperlukan pada keluasan seekar. Tiang sokongan konkrit Bahan tanaman Pokok buah naga boleh dibiak dengan semaian biji atau keratan batang. Penanaman melalui keratan batang lebih baik keranabahan tanaman mudah di peroleh dan pokok membesar dengan cepat. Keratan benih tersebut dikeringkan di tempat yang sesuai dan di tanam ke dalam polibag. Keratan boleh juga terus ditanamdi ladang sekiranya tapak dan tiang para sudah disediakan. Pokok yang telah ditanamakan menjalar ke atas mengikut tiang. Pokok yang telah ditanam hendaklah diikat pada tiang supaya ia tidak mudah terkulai dan patah. Apabila pokok buah naga sudah membesar dan memenuhipara 
sokongan, ia hendaklah dijarangkan supaya ia tidak bertindih-tindih. Sulur air (stem) yang memanjang hendaklah dijaga supaya tidak mudah patah. 

Pembajaan 
Sistem tanaman organik, ini adalah kerana pokok ini sesuai di tanam secara organik dan juga permintaan pasaran sekarang yang tinggi terhadap tanaman organik. Baja organik cecair bolehjuga di sembur 7 hari sekali dan makin kerap apabila pokok sudah besar. Sulur air (stem)yang keluar hendaklah dibuang supaya pokok utama dapat membesar dengan baik. Pembajaan yang berjadual dan mengikut keperluan pokok perlu diamalkan bagi menjamin pertumbuhan pokok dan buah yang berkualiti dan berterusan.Baja organik 

Penyiraman 
Pokok ini secara amnya tidaklah memerlukan air yang banyak. Ini adalah kerana pokok ini jenis pokok kaktus padang pasir yang boleh menyimpan air. Air hanya diperlukan secukupnya pada musim panas. Paip jenis PVC akan dipasang bagi memudahkan kerja penyiraman dilakukan pada musim panas.Secaranya amnya, pokok disiramseminggu sekali, tetapi sekiranya berlaku hujan padaminggu tersebut, pokok tidaklah perlu disiram pada minggu tersebut. 

Pembungaan 
Pokok buah naga mengeluarkan bunga selepas satu tahun penanaman. Terdapat beberapa 
tahap dalamproses pembentukan bunga iaitu; 
1. Tahap pembungaan 
2. Tahap pembentukan buah 
3. Tahap tumbesaran buah 
4. Tahap matang 
5. Tahap hasil. 

Buah naga akan mulai berbunga selepas satu tahun ditanam dan kembang pada waktu malam.Olehsebab itu, pendebungaan diperlukan untuk proses pendebungaan. Terdapat beberapa cara untuk proses pendebungaan berlaku, antaranya adalah lebah, kupu-kupu, dan semut. Bau bunga yang harum semasa berkembang menarik perhatian serangga ini untuk datang dan memindahkan bunga ke stigma. Cara manual juga boleh dilakukan dengan sendiri selain dari menggunakan serangga. 

Pemangkasan 
Pemangkasan ialah aktivitas penjagaan yang penting. Dahan yang telah panjang dan dahan yang telah menghasilkan buah perlu dipangkas dan dahan matang yang dipangkas boleh dijadikan keratan untuk bahan tanaman. Panjang keratan dan ukuran batang akan mempengaruhi masa pembungaan pada penanaman yang akan datang. 

Pembersihan rumput 
Buah naga sangat sensitif pada racun rumput . Batangnya yang berkulit nipis mudah melecur dan mengelupas apabila terkena racun rumpai. Oleh itu kerja pengawalan rumpai tidak menggunakan sebarang bahan racun atau kimia. Pangkal pokok perlu dibersihkan dengan cermat supaya batang tidak terluka.Pembersihan rumput akan dilakukan dengan mengunakan tangan ataupun mekanikal. 

Serangan Hama
Hama yang biasa menyerang tanaman buah naga ini adalah burung, tupai, tikus dan kelawar. Hewan ini akan makan buah yang sudah masak. Oleh itu penjagaan yang rapi akan dilakukan supaya buah yang dihasilkan tidak rusak ataupun busuk dan seterusnya tidak boleh dipasarkan. Adapun hama lain yang menyerang adalah kumbang Xylopetrus, walaupun tahap seranggannya adalah rendah namun perlu diawasi juga. Lalat buah juga menyerang Buah ini sehingga mengakibatkan gagl panen, ini bisa diatasi  dengan membungkus buah dengan menggunakan kertas atau jaring pembungkus. 

Penyakit
Selain hama, penyakit batang  reput yang disebabkan oleh bakteria 
Xanthomonas campestris dan penyakit antraknos sering menyerang tanaman ini. Penyakit antraknos akan menyebabkan batang mudah reput dan memperlihatkan bandal vaskular. Oleh itu bagi untuk menghindari jangkitan dan penyebaran penyakit, ladang harus

rutin dibersihkan dan dipastikan tiada sebaran kotoran atau tempat bagi makhluk 
perusak (hama) untuk hidup membiak di ladang. 

Pemanenan
Buah yang masak kulitnya akan berubah warna dari hijau menjadi merah dan rata-rata mempunyai berat antara 200-600gm keatas dan kemungkinan boleh mencapai lebih sekilogram sebiji. Adalah dijangkakan padatahun kedua, purata hasil seekar per bulan adalah 300-500 kg.
Hasil akan meningkat dua kali ganda pada tahunberikutnya. Melalui penjagaan yang betul, hasil dapat dikeluarkan pada bulan ke-7 selepas di tanam.
     Berikut ini adalah video tutorial bagaimana merawat buah naga agar dihasilkan panen yang melimpah
Ok..itu adalah postingan singkat saya.. jangan lupa tinggalkan komentar!!!

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers